Monday, January 11, 2010

Takkan Melayu Hilang DiDunia

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA MENAGSIHI , takkan melayu hilang didunia itulah kata-kata hikayat daripada kehehabatan seorang laksamana Hang Tuah yang menjadi Laksamana di zaman kegemilangan Melayu Melaka pada eranya. Pinjaman dari kata-kata Laksaman ini saya pinjam untuk berkongsi dengan anda semua tentang perkara-perkara yang melibatkan masyarakat melayu pada masa ini yang bagi saya tidak ramai golongan-golongan remaja dan pemuda seperti saya berminat tentang masyarakat melayu yang penuh dengan nilai-nilai adat serta kesopanan yang amat tinggi pada masa lalu.

Kini, kadangkala saya terdengar dari mulut-mulut rakan-rakan dan masyarakat sekeliling,ada yang mengatakan "apalah ada pada adat masyrakat melayu pada masa ini" kelihatan ayat- ayat yang keluar di mulut mereka kadang-kadang membawa saya terfikir kenapakah mereka berkata demikian? Satu soalan yang bermain di benak pemikiran saya. Saya bukanlah seorang melayu yang tulen tapi cintanya saya pada adat-adat dan kesenian yang telah wujud bersama bangsa melayu ini telah membuatkan saya kagum dengan apa itu bangsa melayu.Tapi mengapakah perkataan yang saya dengar "apalah ada pada adat masyarakat melayu pada masa ini" sering menjadikan saya banyak berfikir tantang anak-anak muda zaman ini sehingga kadan2 - kadang saya terfikir bagaimanalah apabaila aku mempunyai anak pada masa depan ada adab lagikah ataupun sudah hilang budaya melayu dalam jiwa mereka, walaupun saya tahu bahawa ibu bapalah yang mencorakan kehidupan anak- anak mereka, tapi tanpa bantuan dari masyrakat sekeliling pun ia akan menjadi masalah kepada keluarga yang lain.

Sebenarnya masyrakat melayu mempunyai nilai dan adab yang kaya dengan berbagai - bagai cara dan tutur kata yang sopan, tersusun dan cantik. Di dalam bidang kesenian pula ada 1001 seni melayu yang sebenarnya menarik jika kita menghayati dari berbagai -bagi sudut. Seperti yang kita ketahuai melaluai sejarah tentang adat-adat yang terdapat di Malaysia terdapat dua adat yang besar dan penting serta memainkan peranannye hingga ke hari ini iaitu ada temenggung dan adat perpatih. Kebayakan negeri-negeri di tanah melayu menggunakan adat temenggung dalam urusan yang berkaitan dengan adab mereka manakala hanya di Negeri sembilan yang menggunakan adat perpatih yang begitu di jaga oleh mereka yang menggunakan adat perpatih tersebut.

Bukanlah tujuan saya untuk menceritakan tentang asal - usul ,adat -adat dan berbagai lagi , tapi sebenarnya saya lebih tertarik kepada beberapa kenalan yang saya kenal dari beberapa orang rakan tentang beberapa orang-orang yang masih menghambakan diri mereka untuk menjaga warisan melayu dari terus di mamah usang ini. Perkenalan saya kepada seorang pakcik atau bagi saya dia di ibarat "ATOK" kepada saya kerana umurnya yang berada dalam lingkungan 80 an iaitu En Hassan atau lebih dikenali lagi sebagai Pak Malau. Bukanlah maksud saya nak mendewa - dewakan beliau tetapi dapatlah saya berkenalam dengan seorang Tua yang amat menyangjungi nilai - nilai kesenian melayu. Pak Malau adalah lagenda bagi seorang muda bagi saya, bukan tujuan nak membesar-besarkan beliau tapi di sebalik penceritaan dan gaya percakapan yang di lafazkan cukup tradisi seolah - olah saya berada di zaman dimana beliau menceritakan tenttang apa jua cerita pada saya dan rakan. Jikalah umur anda semua panjang dan ada berkesempatan ingin saya mengajak saudara mengenali seorang insan yang dipanggil namanya yang cukup terkenal di tempatnya malahan dengar-dengar dari beiiau bercerita sampai kebatu pahat la namanya dikenali itulah Pak Malau.

Dengan kata-kata dari hati saya ingin saya katakan secara juur dan ikhlas bahawa satu pujian yang tinggi dari saya untuk Pak Malau kerana sepanjang hidupnya beliau menghabiskan masa bersama-sama kesenian dan ada juga kata agama-agama dari mulut beliau yang kadangkala pedas tetapi bagus untuk memandang diri sendiri supaya ubah kepada sesuatu yang baik.Pak Malau jika di lihat anda tentu tidak percaya eh.. betulke umur pakcik ni 80, sampai begitu anda akan bertanya kepada beliau anda pasti kagum dengan kudrat yang digunakan beliau untuk membuat hasil kerja seni beliau. Jikalau dicerita pada anda di dalam blog ini banyak yang tidak dapat di cerikatan kerana kekaguman saya tentang beliau memelihara nilai budaya dan kesenian melayu ini terlalu banyak.

Untuk itu jikalau ada sesiapa yang ingin berjumpa dengan Pak Malau untuk mereka yang meminati seni melayu iaitu peralatan pertahanan diri boleh la menghubungi saya. Bukan saya nak "Promote" tapi ingin saya ulangi kepada sesiapa yang meminati hasil seni seorang tua yang bernama Pak Malau bolelah berkenalan beliau selagi beliau masih bernafas di dalam dunia melayu ini. Pasti anada akan terpegun dengan budi bahasa yang digunakan beliau seolah- olah anada berada pada zaman - zaman pendekar masa lalu. Sifatnya yang penuh sopan dan santun menjadikan saya menghormati beliau sebagai seorang tokoh melayu pada zaman ini yang amat membanggakan pada masyrakat setempat. Kerendahan diri beliau kadangkala membuatkan anda segan silu dan terus anda memikirkan kenapa aku tidak begitu.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya berpendapat selagi seorang lelaki melayu bernama Pak Malau masih hidup di dunia ini selagi itulah TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
Selamat membaca satu artikel yang bagi saya tidaklah hebat tapi cukup jika sesiapa umat melayu islam pada masa ini kembalilah bersatu, cukuplah bangsa dan agama kita di permainkan cukup..fikirkan la..

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

P/S : InsyALLAH ada beberapa tokoh melayu yang tak terkenal akan saya ceritakan kepada anda mengikut acuan akal saya.

No comments: