Monday, August 31, 2009

BAZAR RAMADAN @ PASAR RAMADAN @PARAM

Jika tuan2 dan puan2, adik2, kakak2 dan abang2 ingin mencari bazar ramadan yang seronok, disini saya ingin syorkan beberapa bazar atau nama ringkasnya PARAM(nama ini diberi oleh rakan2 semasa minum di restoran YUSOF di pekan kuala selangor) yang boleh dikatan amat berbaloi jika pergi ke PARAM tersebut :-

1) PARAM SHAH ALAM- berhampiran dengan giant sek 13 atau bersebelahan stadium shah alam, PARAM ini amat besar dan panjang serta berbagai juadah berbuka di sedikan dan boleh dikatakan 90% makanan atau juadah boleh didapati di sini. Makanan yang popular atau juadah yang terkenal disini ialah roti john(PAPA JOHN),ayam golek,popia goreng,makanan pantai timur dan air soya serta tebu. semestinya anda akan merasakan kepuasan untuk memilih juadah untuk berbuka nanti.

2) PARAM TTDI DAMANSARA-Param ini pula boleh dikatan juga mempunyai berbagai - bagai juadah untuk berbuka puasa nanti.Terdapat banyak pilihan nasi beriani gam dari johor lebih kurang 4 ke 5 gerai kedai menjual beriani gam yang terkenal di daerah batu pahat Johor ini. Selain itu juga terdapat satu tempat yang menjual nasi kerabu di man ada satu gerai yang menjual daging dan ayam panggang untuk nasi kerabu itu tapi harus diingat anda perlu beratu di sini bak orang kata beratur panjang2 ni mesti sedap juadah yang disedikan, ternyata nasi kerabu beserta daging yang disediakan memang cukup lazat dan baik sekali.

3)PARAM PEKAN KUALA SELANGOR-Param ini memang best dan amat popular di daerah kuala selangor dan kepada pengujung2 yang pulang ke kampung halaman pada setiap hujung minggu.terdapat berbagai bagai juadah yang enak2 yang di sediakan di PARAM kuala selangor ini memang puas hati jika anda siggah di sini untuk membeli juadah berbuka di pekan kuala selangor ini.Kepada mereka yang tidak tahu lokasinya ianya amat muda jika anda dari klang anda hanya perlu mengikut papan tanda ke kuala selangor di mana ia berada betul2 di tepi jalan untuk ke pekan lama


akhir sekali jikasaya berpeluang beberapa tempat lagi,InsyALLAH saya akan memberitahunya kemudian

salam kewibawaan,

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 TAHUN

salam kepada semua rakyat MALAYSIA selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 pada tahun ini, semoga MALAYSIA akan bertambah makmur dan berkat. Kepada anda semua belajarlah mencintai negara yang kita cintai ini untuk masa depan anak cucu kita agar mereka berpeluang mengetahui lagi 48 tahun akan datang siapakah yang telah memperjuangkan kemerdekaan yang sebenar. Iaitu bukan dari satu pihak berhaluan kanan malah pihak berhaluan kiri juga turut memperjuangkan negara yang kita cintai ini. Jangan padamkan nama-nama pejuang berhaluan kiri ini demi kepentingan masing-masing kerana ingatlah berjuang pada sebuah sayap tidak akan berjaya tanpa bantuan dari sebelah sayap yang lain seperti ibarat tidak akan terbang seekor burung jika ia menggunakan hanya sebelah sayap nya sahaja.


Saturday, August 29, 2009

Nasi Beriani Restoran Insaf , Jalan Tunku Abd . Rahman Kuala Lumpur




Sudah hampir sepuluh hari kita berpuasa, syukur di bulan yang mulia ini dapat lah kita menjalani segala ibadat sama ada berpuasa dan amal ibadat yang lain. Pada kebiasaannya di bulan ramadan ini semestinya kita selalu mengalami masalah untuk memilih dan memasak juadah untuk berbuka nanti. Di sini saya ingin memberitahu satu tempat di mana sebuah restoran yang amat popular dengan resepi NASI BERIANI yang semestinya cukup di kenali oleh warga ibu kota iaitu nasi beriani RESTORAN INSAF. Bagi saya kehebatan nasi beriani di restoran ini amat memuaskan dan segala rempah yang digunakan amatlah cukup sehingga apabila nasi beriani itu masuk kemulut kita seperti kita syg nak makan nasi beriani yg begitu cukup sifatnya. Di sini saya lebih sukakan beriani ayam goreng dan ayam masak madunya perghhhhhhh memang layan terliur dibuatnya..kesedapan nya sukar dikatakan dengan lidah atau pun perkataan hanya di rasa hati sendiri je yg tahu tentang kesedapan nasi beriani ayam goreng dan madu ini.




Kepada sesiapa yang ingin merasakan pukulan nasi beriani ini boleh mencubanya di RESTORAN INSAF JALAN TUNKU ABD RAHMAN KUALA LUMPUR ini memang puas hati dan berbaloi jika anada berbuka di situ. Harga nya pula walau pun mahal sedikit tapi kepuasan dan kekenyangan dan kesedapan amat berbaloi dengan harga yang di tawarkan.Cubalah sesekali berbuka bersama keluarga ke bersama makwe ke memang puas hati, tak rugi jika kita cuba dan rugi jika kita hanya baca tulisan ini tp kita tak pergi dan merasainya.




Akhrinya, selepas makan tu jangan lupa solat pula, dan kepada yang bujang2 jangan lupa lepak kedai maplai untuk berjumpa kawan2 anda selepas terawih. lepak pastikan cerita2 politik,agama dan hal2 lain mesti diceritakan jgn asyik serita nak enjoy je..

MACAM-MACAM JAM ADA TAPI KELIRU BAIK PUNYA KE ATAU TIRUAN....



macam-macam boleh di dapati sekarang ini.tapi ori ke tak susah nak di kenalpasti. sebab jika lihat dari rupabentuk memang sebiji,aduh ni yg konpius nak beli jam mahal-mahal ni.

3 Penyebab Umno terus ditolak di Permatang Pasir, By Dzulfikar Manshoor Sat

3 penyebab Umno terus ditolak di Pmtg. Pasir
Oleh Dzulfikar Mashoor Sat Aug 29, 09 11:25:43 am MYT
ANALISIS
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.
Iklan




Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.
Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.
"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.
"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.
Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.
"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"
"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.
Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.
"Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting."
"Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.
Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.
Kata Dzulkifli, Umno sebenarnya masih sukar memenangi N11 Pasir, walaupun calon Umno disegani bersih dalam kalangan ahli-ahli mereka serta pengundi sendiri.
"Umno masih angkuh, walaupun banyak pihak dari awal mengkritik peribadi calon mereka (Rohaizat), mereka tetap menamakan calon tersebut (Rohaizat).
"Andainya pemimpin mereka mengubah calon yang lebih bersih sekali pun, mereka (umno) tidak mudah memenanginya (Permatang Pasir) kerana Umno juga bermasalah."
Tambahnya lagi, perhitungan pengundi secara normalnya bukan sakadar terhitung oleh peribadi calon, malah integriti parti dan isu-isu berkaitannya.
"Dalam suasana yang biasa, iaitu tidak adanya 'Thunami Politik' seperti 8 Mac (tahun) lalu atau era Reformasi 1998 sekalipun, perhitungan pengundi bergantung pada faktor peribadi calon, integriti parti (yang bertanding) serta dinamika isu. Di Permatang Pasir tentunya begitu (perhitungan pengundi)."
Ujarnya lagi, sebanyak 30 peratus perhitungan pengundi masing-masing tergantung pada faktor peribadi calon serta integriti parti-parti yang bertanding.
Bakinya, iaitu 30 peratus bergantung pada dinamika isu-isu yang dilihat sekitar satu-satu pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Mengulas perhitungan Manek Urai yang acapkali dijadikan sandaran bahawa Umno serta calonnya semakin diterima rakyat, Dzulfikli menjelaskan bahawa perhitungan pengundi di Dun tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi dinamika isu, 30 peratus.
"Manik Urai buat penampilan Umno disebabkan PAS sedikit terjejas dengan pelbagai dinamika isu seperti kerajaan perpaduan, Manik Urai 'Anak Emas' kerajaan persekutuan, dan banyak lagi."
"Ditambah, Umno guna wang terlalu banyak dengan menjanjikan pelbagai pembangunan, tentunya mengaburi perhitungan pengundi."
"Dengan bahasa yang lebih mudah, perhitungan di Manik Urai masih disebabkan dinamika isu, kalau tidak pun calon Umno tidak mengalami masalah seperti di Permatang Pasir."
Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan peribadi Rohaizat dibelit kes pecah amanah RM161, 000 wang Koperasi Pekebun Kecil; dan kedudukan isteri keduanya, Rafizah Mohamad Ali.
Selain itu, kes penjualan tanah Johor pada Singapura 1980an, rasuah, kematian Beng Hock, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), undi hantu turut mewarnai Umno sejak hari penamaan calon, 17 Ogos lalu.
Soal peribadi calon, integriti Umno - dinamika isu; 3 faktor tersebut mengakibatkan Umno bukan sahaja kalah di Permatang Pasir, malah gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah kalah tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil sebelumnya._mna_ _