Monday, February 21, 2011

Friday, November 12, 2010

yB AnDO

salam pada semua...

tulisan ni nak di poskan pada yb kulim tapi tak boleh sebab panjang sangat....layan zasssssssssssssssssss............



salam,

tuan yb,

semenjak dua menjak ni sy perhatikan yb selalu mencari populariti yang kononnya ia dapat membantu yb untuk membuka mata masyarakat sapa yb yang sebenarnya..pada pandangan saya adakah yb tak rasa bersalah pada diri sendiri dan tak takut ke pada ALLAH.. sedangkan yb tau yang yb ni bukan la manusia dari jenis yang tak tau langsung tentang ihsan,iman dan ikhlas...yb rasa ape yang yb nak dedahkan selama ni betul ke cukup ke buktinya adakah saksinya....selama yang saya follow agenda yb tak abis2 nak dedahkan tapi tak dedah2 pun...yb pandai cakap suruh yb dsai undur sebab dah masuk zon maut bayakkan muhasabah diri la ape2 la tp ape kata kalau saya pulak cakap kat yb camtu berani ke tak yb letak jawatan parlimen kulim selepas itu kita tgk piliharaya tgk ada ke org2 umno ni nak amik yb jadi ahli parlimen tak pun ada ke rakyat di kulim tu nak sokong yb....sy rasa mungkin yb akan cakap dalam hati "ko ape ko tahu"...ye memang sy masih muda dah masih belum tahu segala selok belok politik tapi saya masih tahu nilai2 seorang pemimpin itu...ada ke seorang pemimpin yang berkopiah pulak tu kononnye nak perjuangkan agama boleh menuduh,memaki,dan ape yang sewaktunye tanpa ada bukti yang cukup boleh menunduh orang lain sesuka hatinya...Astaghfirullahalazim ....yb fikirlah sendiri...boleh pulak tu pandai2 nak bagi suggest nak suruh dato zaid masuk pas jika benar2 nak perjuangkan agama..come on la yb....sebagai seorang peguam dan yb sendiri peguam tentu yb tahu tentang perjuangan menegakan kebenaran...pas ,keadilan, dap mahupun UMNO nama2 parti ini tidak boleh disalah ka melainkan orang2 macm yb ni la yang menjadi batu api dan suka2 membuat kenyataan yang kadang2 menunjukkan yang yb ni tak matang dalam politik...bukan saya nak mengutuk yb saya pun bukan lah pandai berpolitik tapi kenapa sy sebagai pemuda boleh memikirkan mana yang benar mana yang palsu ....yb kene ingat pemuda2 sekarang bukan mcm org2 dulu2 mereka sekarang bijak pandai membezakan mana politik yang boleh menetukan hala tuju yang sebenarnya....cukup la yb 50tahun merdeka tp mengapa rakyat masih susah lagi...betulkah yb ingin membantu masyarakat yb atau yb hanaya berkepentingan bukan nak menunduh tp ape rasanya bila dituduh....ingat la yb dalam sebuah hadis nabi pernah berkata "pada akhir zaman ini akan timbul satu penyakit yang paling orang takut iaitu FITNAH yang dibuat oleh orang islam sesama sendiri"lebih kurang mcm tulah bunyinye....akhir kata elok yb muhasabah diri sendiri dulu cukup ke baik dan sifat2 mahmudah dalam diri yb tu debelum mengataa orang lain jgn nak tambah2 dosa yang sudah berbakul2 tu....fikir2kan la bukan semua orang suka kita dan biar org tak suka kita tapi ingat la jangan pula kita bersikap sedemikian...pemimpin yang adil akan didoakan dan di sayangi oleh rakyatnye....maaf jika komen ini terlalu keras kerana jika kita memperjuangkan demokrasi semestinya kita sentiasa menjadi orang yang open minded....SALAM

Monday, January 25, 2010

Tahniah buat pasukan badminton Malaysia

Tahniah di ucapkan kepada pemain perseorangan badminton negara serta regu l.cheong way dan k. kien kiat/T. boon heong kerana telah berjaya dalam merakamkan kemenangan badminton terbuka malaysia pada 2010. Semoga ia akan menjadi satu semangat kebangkitan pasukan badminton kita pada tahun ini yang akan bersaing dalam beberapa sukan besar dalam tahun 2010. Diharapkan pasukan badminton Malaysia akan terus konsisten dari masa ke masa agar kemenagan terus dinikmati bersama rakyak Malaysia.

Begitu juga harapan orang muda ini agar tahun 2010 akan menjadi satu peristiwa yang manis supaya kenangan itu dapat dikongsi bersama sama rakan rakan yang lain. Saya mengharapkan juaga agar kepimpinan PAKATAN RAKYAT Malaysia akan terus bersatu padu dalam usaha untuk menjadi sebuah kerajaan pada 2013 nanti. Saya berharap agar impian itu dapat di laksanakan seperti yang telah di rancangkan oleh pucuk pimpinan parti parti berkenaan.

Lucu hati bila saya dapar berita yang bahagian AJK PKR Kuala Selangor telah meletakan jawatan masing masing . Pelik tapi itu la kenyataannya, saya adalah anak jati kuala selangor yang telah menetap dari kecil hingga besar ternyata tergelak melihat gelagat gelagat orang orang lama bermain politik yang bagi saya macam kanak kanak yang belum baligh. Mengapa mereka berbuat demikian,tidakkah mereka fikir betapa semangatnya golongan anak2 muda pada masa ini tentang perjuagan dan agenda yang dibawa bagi merealisasikan matlamat untuk memerintah Malaysia ini.

Kalau diikutkan memang tak logik saya cakap, tapi sebagai golongan muda pada zaman ini sejarah telah mengubah kami bahawa setelah 54 tahun merdeka kenapa keadaan rakyat di Malaysia masih banyak yang miskin, masih banyak yang susah pendekata semuanya susah semuanya nak naik. Apa sebab semua nak naik?kenapa?ada masalah ke dengan ekonomi negara ini. Bila minta nak tahu tentang kedudukan sumber ekonomi negara banyak selindungnya. Apa yang cuba di rahsiakannya?Takutke nak beritahu.

TOLONGLAH rakyat Malaysia, mengapa anda masih mengharapkan pada benda yang tidak boleh di harapkan lagi. Bukan lah tujuan saya menulis dalam blog ini bermakna yang saya tak bersyukur dengan keadaan sekarang yang makin canggih dalam era globalisasi, tapi ialah hanya untuk menuntut segala harapan rakyat. Buakn rakyat mahu kaya ataupun apa apa tapi cukupla sekiranya kerajaan mana mana yang memerintah dapat meringankan beban rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Kepada otai2 politik atau X ahli2 PKR kuala selangor yang letak jawatan atau hilang kepercayaan kepada kempi[inan MB selangor, tolonglah fikirkan janganlah hanye mengejar nama dan ganjaran semata mata sejarah telah membuktikan pada 2008 lalu , jadikan la ia iktibar serta berpegangla pada satu prinsip asas perjuangan yang suci yang dapat meenjadikan diri kita di hargai tap bukan di miliki. Ingatlah kepada otai2,kami yang masih muda ini akan memperjuangkan apa yang kami perjuangkan bukan apa yang kami harapakan. berjuanglah seperti anda akan mati esok hari.

Jadikan lah cerita badminton pada tahun 2010 ini sebagai asas kepada kesefahaman yang jitu agar semua impian boleh menjadi kenyataan..

Monday, January 11, 2010

Takkan Melayu Hilang DiDunia

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH lagi MAHA MENAGSIHI , takkan melayu hilang didunia itulah kata-kata hikayat daripada kehehabatan seorang laksamana Hang Tuah yang menjadi Laksamana di zaman kegemilangan Melayu Melaka pada eranya. Pinjaman dari kata-kata Laksaman ini saya pinjam untuk berkongsi dengan anda semua tentang perkara-perkara yang melibatkan masyarakat melayu pada masa ini yang bagi saya tidak ramai golongan-golongan remaja dan pemuda seperti saya berminat tentang masyarakat melayu yang penuh dengan nilai-nilai adat serta kesopanan yang amat tinggi pada masa lalu.

Kini, kadangkala saya terdengar dari mulut-mulut rakan-rakan dan masyarakat sekeliling,ada yang mengatakan "apalah ada pada adat masyrakat melayu pada masa ini" kelihatan ayat- ayat yang keluar di mulut mereka kadang-kadang membawa saya terfikir kenapakah mereka berkata demikian? Satu soalan yang bermain di benak pemikiran saya. Saya bukanlah seorang melayu yang tulen tapi cintanya saya pada adat-adat dan kesenian yang telah wujud bersama bangsa melayu ini telah membuatkan saya kagum dengan apa itu bangsa melayu.Tapi mengapakah perkataan yang saya dengar "apalah ada pada adat masyarakat melayu pada masa ini" sering menjadikan saya banyak berfikir tantang anak-anak muda zaman ini sehingga kadan2 - kadang saya terfikir bagaimanalah apabaila aku mempunyai anak pada masa depan ada adab lagikah ataupun sudah hilang budaya melayu dalam jiwa mereka, walaupun saya tahu bahawa ibu bapalah yang mencorakan kehidupan anak- anak mereka, tapi tanpa bantuan dari masyrakat sekeliling pun ia akan menjadi masalah kepada keluarga yang lain.

Sebenarnya masyrakat melayu mempunyai nilai dan adab yang kaya dengan berbagai - bagai cara dan tutur kata yang sopan, tersusun dan cantik. Di dalam bidang kesenian pula ada 1001 seni melayu yang sebenarnya menarik jika kita menghayati dari berbagai -bagi sudut. Seperti yang kita ketahuai melaluai sejarah tentang adat-adat yang terdapat di Malaysia terdapat dua adat yang besar dan penting serta memainkan peranannye hingga ke hari ini iaitu ada temenggung dan adat perpatih. Kebayakan negeri-negeri di tanah melayu menggunakan adat temenggung dalam urusan yang berkaitan dengan adab mereka manakala hanya di Negeri sembilan yang menggunakan adat perpatih yang begitu di jaga oleh mereka yang menggunakan adat perpatih tersebut.

Bukanlah tujuan saya untuk menceritakan tentang asal - usul ,adat -adat dan berbagai lagi , tapi sebenarnya saya lebih tertarik kepada beberapa kenalan yang saya kenal dari beberapa orang rakan tentang beberapa orang-orang yang masih menghambakan diri mereka untuk menjaga warisan melayu dari terus di mamah usang ini. Perkenalan saya kepada seorang pakcik atau bagi saya dia di ibarat "ATOK" kepada saya kerana umurnya yang berada dalam lingkungan 80 an iaitu En Hassan atau lebih dikenali lagi sebagai Pak Malau. Bukanlah maksud saya nak mendewa - dewakan beliau tetapi dapatlah saya berkenalam dengan seorang Tua yang amat menyangjungi nilai - nilai kesenian melayu. Pak Malau adalah lagenda bagi seorang muda bagi saya, bukan tujuan nak membesar-besarkan beliau tapi di sebalik penceritaan dan gaya percakapan yang di lafazkan cukup tradisi seolah - olah saya berada di zaman dimana beliau menceritakan tenttang apa jua cerita pada saya dan rakan. Jikalah umur anda semua panjang dan ada berkesempatan ingin saya mengajak saudara mengenali seorang insan yang dipanggil namanya yang cukup terkenal di tempatnya malahan dengar-dengar dari beiiau bercerita sampai kebatu pahat la namanya dikenali itulah Pak Malau.

Dengan kata-kata dari hati saya ingin saya katakan secara juur dan ikhlas bahawa satu pujian yang tinggi dari saya untuk Pak Malau kerana sepanjang hidupnya beliau menghabiskan masa bersama-sama kesenian dan ada juga kata agama-agama dari mulut beliau yang kadangkala pedas tetapi bagus untuk memandang diri sendiri supaya ubah kepada sesuatu yang baik.Pak Malau jika di lihat anda tentu tidak percaya eh.. betulke umur pakcik ni 80, sampai begitu anda akan bertanya kepada beliau anda pasti kagum dengan kudrat yang digunakan beliau untuk membuat hasil kerja seni beliau. Jikalau dicerita pada anda di dalam blog ini banyak yang tidak dapat di cerikatan kerana kekaguman saya tentang beliau memelihara nilai budaya dan kesenian melayu ini terlalu banyak.

Untuk itu jikalau ada sesiapa yang ingin berjumpa dengan Pak Malau untuk mereka yang meminati seni melayu iaitu peralatan pertahanan diri boleh la menghubungi saya. Bukan saya nak "Promote" tapi ingin saya ulangi kepada sesiapa yang meminati hasil seni seorang tua yang bernama Pak Malau bolelah berkenalan beliau selagi beliau masih bernafas di dalam dunia melayu ini. Pasti anada akan terpegun dengan budi bahasa yang digunakan beliau seolah- olah anada berada pada zaman - zaman pendekar masa lalu. Sifatnya yang penuh sopan dan santun menjadikan saya menghormati beliau sebagai seorang tokoh melayu pada zaman ini yang amat membanggakan pada masyrakat setempat. Kerendahan diri beliau kadangkala membuatkan anda segan silu dan terus anda memikirkan kenapa aku tidak begitu.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri saya berpendapat selagi seorang lelaki melayu bernama Pak Malau masih hidup di dunia ini selagi itulah TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.
Selamat membaca satu artikel yang bagi saya tidaklah hebat tapi cukup jika sesiapa umat melayu islam pada masa ini kembalilah bersatu, cukuplah bangsa dan agama kita di permainkan cukup..fikirkan la..

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

P/S : InsyALLAH ada beberapa tokoh melayu yang tak terkenal akan saya ceritakan kepada anda mengikut acuan akal saya.

Sunday, September 13, 2009

MENGENALI TOK KENALI,SEORANG ALIM RABBANI

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:
a) Sangat menghormati dan memuliai ibu
b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.
C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.
F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.
H) pakaian beliau amat sederhana.
Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;
“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

EDIT BY tempegoreng satu

Saturday, September 12, 2009

SYED MOKHTAR AL-BUKHARY LEPASI UJIAN KESENANGAN

Syed Mokhtar Bukhary Lepasi Ujian Kesenangan.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM


SEBENTAR tadi saya terbaca kisah jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia. Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya. Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Sebut fasal perladangan, teringat saya semasa dalam perjalanan saya dari Medan ke bandar kecil Singkil Aceh, yang terkenal dengan nama tokoh Islam silam Abdul Rauf Singkil. Perjalanan menaiki kereta atau van agak jauh lebih kurang setengah perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, tetapi jalan yang berlainan.

Seorang lelaki duduk bersebelahan saya berkata setelah kami saling perkenalkan diri. "Saya berkerja dengan seorang majikan dari Malaysia. Dia membuka ribuan hektar ladang sawit, keuntungan hasil ladang itu digunakan untuk menghidupi sebuah pesantren di tempat kami." Katanya. "Saya tidak pernah jumpa orang kaya sebaik dia."

"Baik sangatkah, apa dia buat?"Saya tanya.
"Dia merendah diri, kuat berderma, ambil berat pekerja bahkan kuat ibadat pula!"
"Bagaimana kau tahu?"
"Dia pernah membawa kami pekerja-pekerjanya pergi ke rumahnya di Kedah, Malaysia. Hidupnya memang sederhana sekali berbanding orang kaya lain di Indonesia ini..."

Ya. Itulah Syed Mokhtar Al-Bukhari. Bila sebut kuat beribadat teringat lagi saya sewaktu kira-kira hujung tahun 1980an saya pernah berjiran pejabat dengannya di bangunan empat tingkat Jalan Pahang off Jalan Sarekei. Pejabatnya di sebelah Pejabat PAS waktu itu, dan pejabat saya adalah kedai buku GG Edar yang saya sewa di bawah pejabat PAS. Pagi-pagi ada juga kadang-kadang kami bertemu minum di gerai 'Kak Ros' depan pejabat kami itu. Saya juga pernah bertemu dengannya atau pekerja-pekerjanya.

Tetapi yang saya ingat sekali ialah abangnya Syed Anuar. Kami selalu berbincang-bincang. Dia pernah menjemput kami (saya & seorang rakan Cina Islam) hadir ke majlis usrah setiap Malam Jumaat, dengan ramai grupnya termasuk dari luar negara. Saya ingat syarikatnya pernah menyumbangkan susu kepada kepada penduduk miskin ibukota melalui PAS, dengan tidak mahu namanya dipamerkan. Kalau nak tahu lanjutnya, sila tanya Ustaz Ishak Surin YDP PAS Batu sekarang.

Mereka juga pernah membekalkan maklumat keselamatan kepada PAS yang sering diintip oleh musuh-musuh PAS waktu itu melalui jiran-jiran pejabat PAS. Itu antara jasanya kepada Pejabat Agung PAS waktu itu, yang saya tahu dan ingat. Kali terakhir saya bertemu dengan Syed Anuar Bukhari di sebuah kilang kasut di Meru, Kelang, setelah pejabat saya berpindah dari Jalan Pahang itu. Begitulah sifat tawadduk dan dermawan Syed Mukhtar berserta kumpulannya.
Maka sesuailah dengan cerita dalam kisahnya yang saya baca, sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat. Beliau yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970an, selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu. Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan. Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.

Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah. Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996. Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.

Syed Mokhtar Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara. Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.

Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa. Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah. Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid. Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.

Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu. Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.

"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar. Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.

Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan. Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin. Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.

Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.

Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.

Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. "Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.

Teringat saya kepada ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ke 6 sebelum yang sekarang, iaitu pesannya.. 'Cubaan itu ada dua, satu cubaan kesusahan dan satu lagi cubaan kesenangan. Ramai yang berjaya cubaan kesusahan, tetapi ramai yang gagal ujian kesenangan.' Lebih kurang begitu yang saya ingat.

Al-hamdulillah Syed Mokhtar pada saya telah berjaya mengharungi ujian kesenangan itu, berbanding dengan orang-orang kaya lain yang tidak sepertinya. Tetapi adalagi pesanan Ustaz Fadzil kepada orang yang menghadapi ujian kesusahan... 'Kalau dalam keadaan kamu tidak senangpun kamu kedekut membelanjakan harta dijalan Allah walaupun sedikit, maka jangan harap kamu nak belanjakan, ketika wang kamu telah banyak.' Begitu, lebih kurang yang saya ingat, untuk peringatan kita semua.

Wallahu 'aklam.

BY Ibnu Hasyim
Catatan Santai Sept 11, 2009.
KL.

edit by tempegorengsatu

Thursday, September 10, 2009

KEADILAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB TERHADAP RUMAH IBADAH AGAMA LAIN

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
WaLlahu ‛Alam

Posted by
KHALID SAMAD

edit by Tempegorengsatu