Sunday, September 13, 2009

MENGENALI TOK KENALI,SEORANG ALIM RABBANI

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakatt islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:
a) Sangat menghormati dan memuliai ibu
b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.
C) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.
D) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.
E) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.
F) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.
G) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.
H) pakaian beliau amat sederhana.
Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;
“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

EDIT BY tempegoreng satu

Saturday, September 12, 2009

SYED MOKHTAR AL-BUKHARY LEPASI UJIAN KESENANGAN

Syed Mokhtar Bukhary Lepasi Ujian Kesenangan.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM


SEBENTAR tadi saya terbaca kisah jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia. Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya. Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Sebut fasal perladangan, teringat saya semasa dalam perjalanan saya dari Medan ke bandar kecil Singkil Aceh, yang terkenal dengan nama tokoh Islam silam Abdul Rauf Singkil. Perjalanan menaiki kereta atau van agak jauh lebih kurang setengah perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, tetapi jalan yang berlainan.

Seorang lelaki duduk bersebelahan saya berkata setelah kami saling perkenalkan diri. "Saya berkerja dengan seorang majikan dari Malaysia. Dia membuka ribuan hektar ladang sawit, keuntungan hasil ladang itu digunakan untuk menghidupi sebuah pesantren di tempat kami." Katanya. "Saya tidak pernah jumpa orang kaya sebaik dia."

"Baik sangatkah, apa dia buat?"Saya tanya.
"Dia merendah diri, kuat berderma, ambil berat pekerja bahkan kuat ibadat pula!"
"Bagaimana kau tahu?"
"Dia pernah membawa kami pekerja-pekerjanya pergi ke rumahnya di Kedah, Malaysia. Hidupnya memang sederhana sekali berbanding orang kaya lain di Indonesia ini..."

Ya. Itulah Syed Mokhtar Al-Bukhari. Bila sebut kuat beribadat teringat lagi saya sewaktu kira-kira hujung tahun 1980an saya pernah berjiran pejabat dengannya di bangunan empat tingkat Jalan Pahang off Jalan Sarekei. Pejabatnya di sebelah Pejabat PAS waktu itu, dan pejabat saya adalah kedai buku GG Edar yang saya sewa di bawah pejabat PAS. Pagi-pagi ada juga kadang-kadang kami bertemu minum di gerai 'Kak Ros' depan pejabat kami itu. Saya juga pernah bertemu dengannya atau pekerja-pekerjanya.

Tetapi yang saya ingat sekali ialah abangnya Syed Anuar. Kami selalu berbincang-bincang. Dia pernah menjemput kami (saya & seorang rakan Cina Islam) hadir ke majlis usrah setiap Malam Jumaat, dengan ramai grupnya termasuk dari luar negara. Saya ingat syarikatnya pernah menyumbangkan susu kepada kepada penduduk miskin ibukota melalui PAS, dengan tidak mahu namanya dipamerkan. Kalau nak tahu lanjutnya, sila tanya Ustaz Ishak Surin YDP PAS Batu sekarang.

Mereka juga pernah membekalkan maklumat keselamatan kepada PAS yang sering diintip oleh musuh-musuh PAS waktu itu melalui jiran-jiran pejabat PAS. Itu antara jasanya kepada Pejabat Agung PAS waktu itu, yang saya tahu dan ingat. Kali terakhir saya bertemu dengan Syed Anuar Bukhari di sebuah kilang kasut di Meru, Kelang, setelah pejabat saya berpindah dari Jalan Pahang itu. Begitulah sifat tawadduk dan dermawan Syed Mukhtar berserta kumpulannya.
Maka sesuailah dengan cerita dalam kisahnya yang saya baca, sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat. Beliau yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970an, selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu. Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan. Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.

Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah. Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996. Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.

Syed Mokhtar Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara. Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.

Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa. Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah. Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid. Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.

Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu. Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.

"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar. Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.

Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan. Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin. Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.

Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.

Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.

Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. "Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.

Teringat saya kepada ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ke 6 sebelum yang sekarang, iaitu pesannya.. 'Cubaan itu ada dua, satu cubaan kesusahan dan satu lagi cubaan kesenangan. Ramai yang berjaya cubaan kesusahan, tetapi ramai yang gagal ujian kesenangan.' Lebih kurang begitu yang saya ingat.

Al-hamdulillah Syed Mokhtar pada saya telah berjaya mengharungi ujian kesenangan itu, berbanding dengan orang-orang kaya lain yang tidak sepertinya. Tetapi adalagi pesanan Ustaz Fadzil kepada orang yang menghadapi ujian kesusahan... 'Kalau dalam keadaan kamu tidak senangpun kamu kedekut membelanjakan harta dijalan Allah walaupun sedikit, maka jangan harap kamu nak belanjakan, ketika wang kamu telah banyak.' Begitu, lebih kurang yang saya ingat, untuk peringatan kita semua.

Wallahu 'aklam.

BY Ibnu Hasyim
Catatan Santai Sept 11, 2009.
KL.

edit by tempegorengsatu

Thursday, September 10, 2009

KEADILAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB TERHADAP RUMAH IBADAH AGAMA LAIN

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
WaLlahu ‛Alam

Posted by
KHALID SAMAD

edit by Tempegorengsatu

Wednesday, September 9, 2009

BEZA HUKUMAN SEBAT ISLAM DENGAN HUKMAN SEBAT SIVIL

Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

INFO UNTUKORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,ORANG ISLAM YANG JAHIL @SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!!!

Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.












SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm.
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.



















"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"
Dan untuk itu undang-undang islam telah dilaksanakan dengan lebih baik di negara jiran kita.
Oleh itu, tiada lagi alasan tiada tukang sebat la, tak pernah jalankan hukuman la, baru first case la mcm2 lagila tak nak didengar lagi selepas ini...kah!kah!kah
So tolong fikir2kan dan renung2kan..
Selamat menjalankan hukuman ALLAH..




Sunday, September 6, 2009

Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara

Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara

By Anwar Ibrahim
Dari Kerajaanrakyat.com

Salam semua Pengunjung dan Penitip Bicara Minda Kerajaan Rakyat yang saya kasihi.
Apa yang termasuk dalam ramuan sebuah perjuangan adalah menuntut kesabaran, keta’akulan, perancangan, kesefahaman dan pengorbanan. Perjuangan menuntut “Kemerdekaan” daripada regim UMNO yang rakus, zalim dan kejam ini walaupun getir dan penuh dengan ranjau berduri tetapi kejayaan yang sukar telah semakin hampir.
Walau apapun jika kita tersilap satu langkah, padahnya amat parah.
Perjuangan ini bukan untuk DAP.Perjuangan ini bukan untuk PAS.Perjuangan ini bukan juga untuk KeADILan.

Ini adalah perjuangan RAKYAT demi meleraikan rantai yang mencengkam kita sejak lebih 52 tahun lalu.Gabungan tiga parti utama dalam Pakatan Rakyat adalah inspirasi pemimpin dan individu tertentu yang prihatin terhadap penderitaan RAKYAT dan kasihkan kepada negara kita, Malaysia yang tercinta.

Sepanjang tempoh Malaysia di bawah pemerintahan regim zalim UMNO/Perikatan dan kemudiannya UMNO/BN, berjuta billion wang rakyat dan harta negara telah samada terlepas atau dilepaskan, tergadai atau digadaikan, terjual dan dijual kepada bangsa dan negara asing. Pemimpin UMNO dan sekutunya telah jelas memperlekeh dan meremehkan segala kepercayaan dan pengharapan yang telah disandarkan oleh rakyat kepada mereka selama ini.
- Singapura hilang dari peta negara- Pulau Batu Putih diberi percuma kepada Singapura- Hasil balak dirompak ikut selera mereka- Hasil minyak dijoli ikut nafsu mereka- Anak-anak hilang dipandang enteng- Pendidikan dan perubatan diperdagangkan oleh kroni mereka- Rakyat dicukai, wang Rakyat mereka tibai.

Saudara yang saya kasihi,

Demi menapak dan mengukuhkan perjuangan ini, Kerajaan Rakyat telah menaskahkan sebuah catatan: “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”.
Buku yang mengandungi 230 muka surat ini membongkar dan mendedahkan siapakah pengkhianat sebenarnya..!!!

Terkandung di dalamnya huraian dan penjelasan yang tiada dikabarkan oleh semua akhbar arus perdana. Tertitip juga di dalamnya penjelasan pimpinan RAKYAT yang prihatin terhadap permasalahan RAKYAT. Dipapar penjelasan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang situasi politik negara bangsa. Dicatat komentar dari ‘Penitip Bicara Minda’ di lelaman Kerajaan Rakyat.com.Buku ini diharap bakal menjadi penyambung bicara minda untuk disampaikan ke seluruh pelusuk negara.

Saudara yang saya kasihi,

saya pohon jasa dan bakti kalian untuk dapatkan naskah ini dan sampaikan kepada saudara, jiran dan keluarga semasa balik berhari raya nanti.
Kerajaan Rakyat mengalu-alukan sokongan kalian sebagai bakti dan bukti perjuangan luhur kalian untuk mengedarkan seberapa banyak naskah yang terdaya. Hubungi kami melalui email: kerajaan.rakyat@gmail.com untuk kaedah mendapatkan naskah ini.
Kerajaan Rakyat merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua PENITIP BICARA MINDA di lelaman ini kerana banyak titipan kalian yang telah kami muatkan dalam “Pendedahan: Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa & Negara”

Salaam Takzim. Salaam Perjuangan.

Thursday, September 3, 2009

NASIB UMNO SAMA DENGAN LDP(PARTI JEPUN)

Mungkinkah nasib UMNO sama dengan LDP?

post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia, Pakatan Rakyat, Politik and Sidenotes

Dari Malaysian insider
Oleh Zamri Omar

Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP?

Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun.

Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demokratik dalam negara yang juga liberal dan demokratik. Jepun dari satu segi telah dipaksa oleh Amerika Syarikat yang menakluk negara itu selepas Perang Dunia Kedua untuk menjadikannya liberal dan demokratik.

Dalam perlembagaan baru yang digubal atas penyeliaan Amerika, Jepun menjadi liberal dan demokratik di mana semua parti politik dibenarkan ditubuhkan kecuali parti berbentuk fasis dan ultra-nasionalis. Maka dalam keadaan ini, parti-parti kiri termasuk Parti Komunis Jepun (JCP) turut dibenarkan ditubuhkan.

Tentulah keadaanya berbeza daripada Malaysia. Negara ini tidak boleh dikatakan liberal dan demokratik dalam erti kata seperti di Jepun dan negara-negara maju yang lain. Memang benar dalam Rukun Negara disebut bahawa matlamat Malaysia antara lain adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan demokratik, tetapi hakikatnya tidak begitu.

Amalan liberal dan demokratik di Malaysia mempunyai makna tersendiri yang tentu di Barat, termasuk Jepun tidak menganggapnya sebagai demokratik dan liberal. Keadaan ini berlaku walaupun Jepun adalah sebuah negara Asia yang masyarakatnya tidaklah boleh dianggap begitu liberal dan demokratik berbanding dengan negara-negara Barat.

Maka LDP perlu diakui sebagai parti yang berjaya membawa Jepun ke arah demokrasi setelah pemerintahan fasis semasa dan sebelum Perang Dunia Kedua. Selain itu, LDP telah berjaya membawa kemakmuran ekonomi di Jepun setara dengan negara-negara maju lain. Tetapi lebih penting lagi, ia berupaya mengekalkan kuasanya selepas 54 tahun tanpa menekan pesaing-pesaing politiknya dengan pelbagai akta yang tidak bersifat liberal atau demokratik.

Berbeza dengan Malaysia. Negara ini lahir selepas dijajah oleh fasis Jepun. Kalau Amerika yang menawan Jepun selepas kejatuhan fasis memperkenalkan perlembagaan aman dan demokratik, perkara yang sama tidak berlaku di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara. Ketiga-tiga wilayah ini hendak dikekalkan sebagai tanah jajahan Britain apabila mereka memperkenalkan Malayan Union dan Sarawak serta Borneo Utara dijadikan tanah jajahan mahkota menggantikannya daripada menjadi tanah syarikat Inggeris.

Sikap Britain dan penjajah Barat di Asia Tenggara seperti Perancis dan Belanda mendorong pihak komunis antarabangsa di Moscow menjadikan isu penjajahan sebagai laungan perjuangannya bagi menentang sistem kapitalisme dan imperialisme pimpinan Amerika. Maka parti-parti komunis diarahkan bangkit dan memperjuangkan kemerdekaan.

Ia berlaku di Vietnam, Hindia Timur Belanda dan juga Tanah Melayu apabila Parti Komunis Malaya (PKM) bangkit menentang Britain dengan menggunakan senjata di bawah laungan perjuangan kemerdekaan. Atas desakan ini, Britain dan penjajah lain menimbangkan bahawa adalah lebih baik diwujudkan negara-negara merdeka yang menjadi sekutu mereka daripada wilayah-wilayah ini tumbang menjadi komunis.

Maka perang menentang komunis dilakukan di Tanah Melayu dengan nama darurat. Sokongan juga diberikan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bukan komunis. Malah sistem politik tradisi yang telah dimansuhkan melalui Malayan Union dipulihkan dan diperbaiki melalui pengenalan Persekutuan Tanah Melayu.

Walaupun asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah liberalisme dan demokratik tetapi ia diketatkan dengan kerangka tradisional kerajaan-kerajaan negeri Melayu serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan adanya undang-undang yang jauh daripada apa yang disifatkan sebagai liberalisme dan demokratik.

Akta seperti Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) dan Akta Mesin cetak digubal daripada suasana menentang komunisme. Maka tidak hairanlah kongkongan adalah kuat terhadap kepelbagaian politik di mana parti-parti kiri, bukan saja PKM diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditangkap hingga parti lain tidak dapat beroperasi.

Maka vakum politik inilah diisi dengan mudah oleh Umno. Pada awalnya iaitu tahun 1955, pihak penjajah juga tidak tahu sama ada rakyat, iaitu kebanyakannya orang Melayu akan menyokong Umno atau Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn. Kedua-duanya tidak banyak berbeza. Perikatan Umno-MCA-MIC adalah tidak banyak berbeza dengan IMP.
Maka apabila Umno menang, parti ini terus memegang kuasa. Walaupun kemudian negara mencapai kemerdekaan, undang-undang, dan lebih penting lagi amalan serta sikap politik yang bersifat mengongkong. Justeru walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan mengongkong ini masih berterusan. Ia diteruskan antara lain kerana masih berlaku darurat. Dalam erti kata bahawa kemerdekaan sebagai kebebasan, hari itu tidak memberi makna besar.

Akhirnya Darurat berakhir pada tahun 1960, iaitu dua tahun selepas kemerdekaan. Terdapatlah tambahan kebebasan. Tetapi peraturan dan banyak undang-undang darurat masih dikekalkan kerana saki-baki komunis masih ada. Yang pasti parti komunis walaupun dalam bentuk damai tidak diizinkan. Ini berbeza daripada Jepun dan India di mana parti-parti komunis mereka bebas. Rundingan Baling yang merupakan kunci kepada kemerdekaan Tanah Melayu menafikan komunis daripada hak menubuhkan parti politik.

Namun begitu, Umno sebagai kerajaan telah menggunakan ISA yang bagi aktivis pembangkang sebagai menekan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh telah ditahan di bawah ISA. Politik tekanan ini membuatkan Umno berada dalam kedudukan kuat.
Justeru hari ini walaupun Umno ditekan dengan kebangkitan pembangkang tetapi banyak undang-undang warisan Darurat masih ada. Justeru, Umno tidak akan jatuh secepat LDP. Ini kerana selama ini ia memerintah dengan menolak nilai liberalisme dan demokratik, tidak seperti LDP. Maka pada tahun-tahun mendatang, keadaan lebih kritikal dan peralihan antara sistem satu parti kepada sistem dua parti adalah lebih memeritkan berbanding dengan Jepun.

Wednesday, September 2, 2009

HADIS NABI JADIKAN PENGAJARAN DAN PETUNJUK KEHIDUPAN

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya :

" Tidak akan terjadi Kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti satu petikan api."

(Riwayat At-Tirmidzhi)

"Barangsiapa yang membuat ibu bapanya GEMBIRA (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah. Barangsiapa pula yang meNYAKITI hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian dari Allah."

(Riwayat Bukhari)

"Kalau sekiranya orang ramai mengerti apa yang mungkin terjadi dalam pemergian bersendiri sebagaimana yang saya ketahui, tentulah tiada seorang pun pengembara akan berjalan pada malam hari sendiri sahaja".

(Sahih Bukhari)

"Pada hari Kiamat Kelak, setiap hak akan diberikan kepada ahlinya (orang yang punya hak), sampai hak seekor kambing yang tidak bertanduk diambilkan dari kambing yang bertanduk".

(Sahih Muslim)

BERITA BAIK UNTUK PIHAK KERAJAAN

Naik 5 sen dan 25 sen impak besar kepada rakyat

by Salmah Mat Husain ,Tue Sep 01, 09 , 6:40:43 pm MYT


KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini. Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.

Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.
"Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, rakyat di negeri ini diminta berdoa supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Bulan Ramadan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini diharap rakyat berdoa semoga Allah membuka pintu hati pemimpin kerajaan pusat untuk menyerah royalti kepada kerajaan negeri yang tertunggak sejak 2004.

"Tidak ada sebab mereka menafikan royalti terhadap Kelantan kerana jelas terbukti pelantar carigali berada dalam perairan negeri ini," katanya.

Pada majlis itu seramai 300 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah.

EHSAN: HARAKAH DAILY

Tuesday, September 1, 2009

TERIMA KASIH ATAS KEDATANGAN YB DR DZULKIFLY AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

Malam tadi untuk solat terawih bagi malam ke sebelas,masjid jamek pekan kuala selangor amat bertuah kerana di datangi oleh YB DR DZULKIFLY ahli parlimen kuala selangor. Terima kasuh di ucapkan kepada YB yang sudi datang ke masjid jamek kami untuk menunaikan solat terawih dan memberi sedikit tarbiyah kepada ahli kariah masjid jamek pekan kuala selangor.

Memang tidak dinafikan YB mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan tidak sangka rupanya kehebatan YB dalam bidang agama amat begitu cemerlang sekali. Beginilah pemimpin yang perlu ada pada setiap ahli parlimen dan adun bagi seluruh MALAYSIA.

Kepetahan dan pembelajaran tarbiyah yang di sampaikan cukup menarik dan sentiasa membuat ahli kariah berfikir-fikir tentang perkara-perkara yang berkaitan pada bulan ramadan yang mulia dan barkah ini.

Tertarik dengan satu hadis yang disampaikan beliau iaitu "sesungguhnya orang yang berpuasa itu diampunkan dosanya bagi mereka yang beriman dan ikhlas" memang cukup fakta dan resepi yang diberi oleh YB untuk anak2 buahnya. YB juga ada mengatakan bahawa alquran itu bukan hanya di hafal tetapi perlu memahami segala isinya dan di situ juga terkeluar hadis yang amat mengusik jiwa yang berbunyi begini "celakalah kepada yang menghafal dan membaca alquran tetapi tidak memahami dan mengamalkanya"...memang cukup pedih hadis yg disampaikan oleh YB tadi.

YB juga telah memberi pandangan kepada EXCO SELANGOR (DR HASSAN ALI) untuk memastikan bahawa setipa masjid mestilah menerangkan beberapa ayat alquran yang berpotensi untuk program penyucian jiawa untuk bulan ramadan yang datang. Di harap exco selangor ini akan mengambil pandangan ini sebagai pandangan yan positif untuk semua masyarakat islam di negeri ini.

Sekali lagi di ucapkan jutaan terima kasih kepada YB kerana sanggup memberi peluang dan ruang dalam bersama rakyat Kuala Selangor dan berharap agar YB akan kekal sebagai AHLI PARLIMEN Kuala Selangor di masa yang akan datang. Insyaallah kami akan berdoa supaya kemenangan akan sentiasa bersama orang-orang yang benar...amin


SALAM KEINSAFAN

HARGA MINYAK NAIK : TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN

HARGA MINYAK NAIK : HADIAH MERDEKA DARI UMNO - BN

By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Isu Semasa, Malaysia and Pakatan Rakyat

Usia 52 tahun dahulu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyatakan bahawa tanah air ini merdekanya separuh masak. Jika dipaut kalimah itu dengan realiti negara masa kini,ianya boleh ditelusuri dengan mendalam.

Tahun ini sambutan kemerdekaan berslogankan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Obsesi ini tidak akan padam, itu hakikat dan boleh diterima pakai meskipun kosong rohnya.

Pelbagai mantera diseru, termasuklah memecahkan tembok perkauman, membaikpulih jambatan kepercayaan dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Tetapi yang dihadiahkan kepada rakyat kini ialah kepala lembu dan kenaikan harga minyak menjelang jam 12 tengah malam ini.

Di sebalik kemurungan ekonomi mengasak rakyat tanpa henti, tekanan demi tekanan seumpama ini terus dilaksanakan oleh Umno-BN tanpa mengambil kira keadaan rakyat yang rencam. Apakah di mata mereka rakyat akan terus angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pertimbangan?

Merdeka ini bukan lagi separuh masak, tetapi kian basi dek penangan percaturan politik sempit dan menindas.

ANWAR IBRAHIM

Monday, August 31, 2009

BAZAR RAMADAN @ PASAR RAMADAN @PARAM

Jika tuan2 dan puan2, adik2, kakak2 dan abang2 ingin mencari bazar ramadan yang seronok, disini saya ingin syorkan beberapa bazar atau nama ringkasnya PARAM(nama ini diberi oleh rakan2 semasa minum di restoran YUSOF di pekan kuala selangor) yang boleh dikatan amat berbaloi jika pergi ke PARAM tersebut :-

1) PARAM SHAH ALAM- berhampiran dengan giant sek 13 atau bersebelahan stadium shah alam, PARAM ini amat besar dan panjang serta berbagai juadah berbuka di sedikan dan boleh dikatakan 90% makanan atau juadah boleh didapati di sini. Makanan yang popular atau juadah yang terkenal disini ialah roti john(PAPA JOHN),ayam golek,popia goreng,makanan pantai timur dan air soya serta tebu. semestinya anda akan merasakan kepuasan untuk memilih juadah untuk berbuka nanti.

2) PARAM TTDI DAMANSARA-Param ini pula boleh dikatan juga mempunyai berbagai - bagai juadah untuk berbuka puasa nanti.Terdapat banyak pilihan nasi beriani gam dari johor lebih kurang 4 ke 5 gerai kedai menjual beriani gam yang terkenal di daerah batu pahat Johor ini. Selain itu juga terdapat satu tempat yang menjual nasi kerabu di man ada satu gerai yang menjual daging dan ayam panggang untuk nasi kerabu itu tapi harus diingat anda perlu beratu di sini bak orang kata beratur panjang2 ni mesti sedap juadah yang disedikan, ternyata nasi kerabu beserta daging yang disediakan memang cukup lazat dan baik sekali.

3)PARAM PEKAN KUALA SELANGOR-Param ini memang best dan amat popular di daerah kuala selangor dan kepada pengujung2 yang pulang ke kampung halaman pada setiap hujung minggu.terdapat berbagai bagai juadah yang enak2 yang di sediakan di PARAM kuala selangor ini memang puas hati jika anda siggah di sini untuk membeli juadah berbuka di pekan kuala selangor ini.Kepada mereka yang tidak tahu lokasinya ianya amat muda jika anda dari klang anda hanya perlu mengikut papan tanda ke kuala selangor di mana ia berada betul2 di tepi jalan untuk ke pekan lama


akhir sekali jikasaya berpeluang beberapa tempat lagi,InsyALLAH saya akan memberitahunya kemudian

salam kewibawaan,

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 TAHUN

salam kepada semua rakyat MALAYSIA selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52 pada tahun ini, semoga MALAYSIA akan bertambah makmur dan berkat. Kepada anda semua belajarlah mencintai negara yang kita cintai ini untuk masa depan anak cucu kita agar mereka berpeluang mengetahui lagi 48 tahun akan datang siapakah yang telah memperjuangkan kemerdekaan yang sebenar. Iaitu bukan dari satu pihak berhaluan kanan malah pihak berhaluan kiri juga turut memperjuangkan negara yang kita cintai ini. Jangan padamkan nama-nama pejuang berhaluan kiri ini demi kepentingan masing-masing kerana ingatlah berjuang pada sebuah sayap tidak akan berjaya tanpa bantuan dari sebelah sayap yang lain seperti ibarat tidak akan terbang seekor burung jika ia menggunakan hanya sebelah sayap nya sahaja.


Saturday, August 29, 2009

Nasi Beriani Restoran Insaf , Jalan Tunku Abd . Rahman Kuala Lumpur




Sudah hampir sepuluh hari kita berpuasa, syukur di bulan yang mulia ini dapat lah kita menjalani segala ibadat sama ada berpuasa dan amal ibadat yang lain. Pada kebiasaannya di bulan ramadan ini semestinya kita selalu mengalami masalah untuk memilih dan memasak juadah untuk berbuka nanti. Di sini saya ingin memberitahu satu tempat di mana sebuah restoran yang amat popular dengan resepi NASI BERIANI yang semestinya cukup di kenali oleh warga ibu kota iaitu nasi beriani RESTORAN INSAF. Bagi saya kehebatan nasi beriani di restoran ini amat memuaskan dan segala rempah yang digunakan amatlah cukup sehingga apabila nasi beriani itu masuk kemulut kita seperti kita syg nak makan nasi beriani yg begitu cukup sifatnya. Di sini saya lebih sukakan beriani ayam goreng dan ayam masak madunya perghhhhhhh memang layan terliur dibuatnya..kesedapan nya sukar dikatakan dengan lidah atau pun perkataan hanya di rasa hati sendiri je yg tahu tentang kesedapan nasi beriani ayam goreng dan madu ini.




Kepada sesiapa yang ingin merasakan pukulan nasi beriani ini boleh mencubanya di RESTORAN INSAF JALAN TUNKU ABD RAHMAN KUALA LUMPUR ini memang puas hati dan berbaloi jika anada berbuka di situ. Harga nya pula walau pun mahal sedikit tapi kepuasan dan kekenyangan dan kesedapan amat berbaloi dengan harga yang di tawarkan.Cubalah sesekali berbuka bersama keluarga ke bersama makwe ke memang puas hati, tak rugi jika kita cuba dan rugi jika kita hanya baca tulisan ini tp kita tak pergi dan merasainya.




Akhrinya, selepas makan tu jangan lupa solat pula, dan kepada yang bujang2 jangan lupa lepak kedai maplai untuk berjumpa kawan2 anda selepas terawih. lepak pastikan cerita2 politik,agama dan hal2 lain mesti diceritakan jgn asyik serita nak enjoy je..

MACAM-MACAM JAM ADA TAPI KELIRU BAIK PUNYA KE ATAU TIRUAN....



macam-macam boleh di dapati sekarang ini.tapi ori ke tak susah nak di kenalpasti. sebab jika lihat dari rupabentuk memang sebiji,aduh ni yg konpius nak beli jam mahal-mahal ni.

3 Penyebab Umno terus ditolak di Permatang Pasir, By Dzulfikar Manshoor Sat

3 penyebab Umno terus ditolak di Pmtg. Pasir
Oleh Dzulfikar Mashoor Sat Aug 29, 09 11:25:43 am MYT
ANALISIS
KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.
Iklan




Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.
Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.
"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.
"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.
Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.
"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"
"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.
Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.
"Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting."
"Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.
Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.
Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Mohd Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.
Kata Dzulkifli, Umno sebenarnya masih sukar memenangi N11 Pasir, walaupun calon Umno disegani bersih dalam kalangan ahli-ahli mereka serta pengundi sendiri.
"Umno masih angkuh, walaupun banyak pihak dari awal mengkritik peribadi calon mereka (Rohaizat), mereka tetap menamakan calon tersebut (Rohaizat).
"Andainya pemimpin mereka mengubah calon yang lebih bersih sekali pun, mereka (umno) tidak mudah memenanginya (Permatang Pasir) kerana Umno juga bermasalah."
Tambahnya lagi, perhitungan pengundi secara normalnya bukan sakadar terhitung oleh peribadi calon, malah integriti parti dan isu-isu berkaitannya.
"Dalam suasana yang biasa, iaitu tidak adanya 'Thunami Politik' seperti 8 Mac (tahun) lalu atau era Reformasi 1998 sekalipun, perhitungan pengundi bergantung pada faktor peribadi calon, integriti parti (yang bertanding) serta dinamika isu. Di Permatang Pasir tentunya begitu (perhitungan pengundi)."
Ujarnya lagi, sebanyak 30 peratus perhitungan pengundi masing-masing tergantung pada faktor peribadi calon serta integriti parti-parti yang bertanding.
Bakinya, iaitu 30 peratus bergantung pada dinamika isu-isu yang dilihat sekitar satu-satu pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Mengulas perhitungan Manek Urai yang acapkali dijadikan sandaran bahawa Umno serta calonnya semakin diterima rakyat, Dzulfikli menjelaskan bahawa perhitungan pengundi di Dun tersebut sebenarnya banyak dipengaruhi dinamika isu, 30 peratus.
"Manik Urai buat penampilan Umno disebabkan PAS sedikit terjejas dengan pelbagai dinamika isu seperti kerajaan perpaduan, Manik Urai 'Anak Emas' kerajaan persekutuan, dan banyak lagi."
"Ditambah, Umno guna wang terlalu banyak dengan menjanjikan pelbagai pembangunan, tentunya mengaburi perhitungan pengundi."
"Dengan bahasa yang lebih mudah, perhitungan di Manik Urai masih disebabkan dinamika isu, kalau tidak pun calon Umno tidak mengalami masalah seperti di Permatang Pasir."
Pilihan raya kecil Permatang Pasir menyaksikan peribadi Rohaizat dibelit kes pecah amanah RM161, 000 wang Koperasi Pekebun Kecil; dan kedudukan isteri keduanya, Rafizah Mohamad Ali.
Selain itu, kes penjualan tanah Johor pada Singapura 1980an, rasuah, kematian Beng Hock, dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), undi hantu turut mewarnai Umno sejak hari penamaan calon, 17 Ogos lalu.
Soal peribadi calon, integriti Umno - dinamika isu; 3 faktor tersebut mengakibatkan Umno bukan sahaja kalah di Permatang Pasir, malah gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah kalah tipis 65 undi dalam pilihan raya kecil sebelumnya._mna_ _