Malam tadi untuk solat terawih bagi malam ke sebelas,masjid jamek pekan kuala selangor amat bertuah kerana di datangi oleh YB DR DZULKIFLY ahli parlimen kuala selangor. Terima kasuh di ucapkan kepada YB yang sudi datang ke masjid jamek kami untuk menunaikan solat terawih dan memberi sedikit tarbiyah kepada ahli kariah masjid jamek pekan kuala selangor.
Memang tidak dinafikan YB mempunyai pengalaman yang luas dalam politik dan tidak sangka rupanya kehebatan YB dalam bidang agama amat begitu cemerlang sekali. Beginilah pemimpin yang perlu ada pada setiap ahli parlimen dan adun bagi seluruh MALAYSIA.
Kepetahan dan pembelajaran tarbiyah yang di sampaikan cukup menarik dan sentiasa membuat ahli kariah berfikir-fikir tentang perkara-perkara yang berkaitan pada bulan ramadan yang mulia dan barkah ini.
Tertarik dengan satu hadis yang disampaikan beliau iaitu "sesungguhnya orang yang berpuasa itu diampunkan dosanya bagi mereka yang beriman dan ikhlas" memang cukup fakta dan resepi yang diberi oleh YB untuk anak2 buahnya. YB juga ada mengatakan bahawa alquran itu bukan hanya di hafal tetapi perlu memahami segala isinya dan di situ juga terkeluar hadis yang amat mengusik jiwa yang berbunyi begini "celakalah kepada yang menghafal dan membaca alquran tetapi tidak memahami dan mengamalkanya"...memang cukup pedih hadis yg disampaikan oleh YB tadi.
YB juga telah memberi pandangan kepada EXCO SELANGOR (DR HASSAN ALI) untuk memastikan bahawa setipa masjid mestilah menerangkan beberapa ayat alquran yang berpotensi untuk program penyucian jiawa untuk bulan ramadan yang datang. Di harap exco selangor ini akan mengambil pandangan ini sebagai pandangan yan positif untuk semua masyarakat islam di negeri ini.
Sekali lagi di ucapkan jutaan terima kasih kepada YB kerana sanggup memberi peluang dan ruang dalam bersama rakyat Kuala Selangor dan berharap agar YB akan kekal sebagai AHLI PARLIMEN Kuala Selangor di masa yang akan datang. Insyaallah kami akan berdoa supaya kemenangan akan sentiasa bersama orang-orang yang benar...amin
SALAM KEINSAFAN
Apa makna lagu Gaban?
5 days ago





4 comments:
diharap ejaan² yang tidak betul diperbetulkan...yang baik datang dari ALLAH SWT dan yang buruk datang dari hambaNya yang lemah...
Alhamdulillah..saya pernah berjumpe dgn Dr. tersebut di s.alam.
Beliau seorang yg bagus dan amat berbudi bahasa.semoga beliau terus menjadi pemimpin yg menjaga kuala selangor dgn baik...
walaupun dr dzul tidak mempunyai lokaliti sebagai permastautin di mana2 kawasan di dalam parlimen k. selangor, tetapi beliau mempunyai pengalaman luas, dan ilmu agama tinggi yang layak meletakkan diri sebagai seorang pemimpin islam.
Post a Comment